welcome

Hai semua! Nama saya Noraisyah. Saya belajar di Sekolah Rendah Pioneer. Saya berumur 11 tahun. Ini blog bahasa melayu saya. Saya akan selalu membuat entri twntang bahasa Melayu. Bahasa ibunda ialah bahasa yang paling penting sekali.
Saturday, July 31, 2010 @ 10:38 PM +




Minggu lepas, saya dan juga semua rakan-rakan darjah lima saya pergi ke Pertunjukan NE(National Education)yang diadakan di Padang.. Saya sudah tidak sabar lagi untuk ke sana pada mulanya. Saya berasa sangat dengan gembira sekali setibanya saya disana. Saya mengambil gambar bersama buddy saya. Saya pekik kuat-kuat sampai saya tak ada suara. Seronok sekali di sana samapai tidak terkata. Saya suka baut Padang Wave kerana ia sanagt menarik dan tidak oernah saya buat sebelum ini. Ramai sekali org di sana. Saya ambil gambar sikit sahaja kerana saya bersa malas kerana banyak benda saya harus buat.... Barang-barang di dalam goodie beg saya semua sudah berselerak. Saya ingin mengambil gambar bersama rakan rapat saya tetapi mereka duduk berjauhan dengan saya kerana kami berlainan kelas. Sesampainya saya di sekolah saya terus pulang ke rumah. Saya berasa sangat takut kerana saya pulang bersorangan dan di larut malam pula tu.... Itulah kali pertama saya pulang bersorangan di waktu malam.

SEKIAN!!!


Tuesday, July 27, 2010 @ 2:41 AM +

Yeah! Tahun ini saya telah mendapat tempat kedua dalam kelas bahasa melayu saya. Saya berasa sangat gembira dan juga bangga atas kejayaan rakan saya Jazmine yang mendapat tempat pertama. Dia memang seorang pelajar yang pandai. Saya mendapat voucher. Tahun lepas juga saya telah mendapat tempat kedua di dalam kelas bahasa melayu saya. Saya mendapat piala (perak) sementara rakan saya Hazman telah mendapat tempat pertama. Cikgu Rozana mengambil gambar kami. Saya berasa sangat terkejut apabila nama saya disebut. Saya berasa sangat gembira dan bersyukur. Sekian Terima Kasih.


@ 2:36 AM +

Pada kelas korikulum saya pada minggu lepas, kami mempelajari bagaimana untuk wawancara seseorang.. Kami telah mewawancara Cikgu Ain. Cikgu Ain ialah seorang guru bahasa melayu di dalam sekolah kami. Saya berasa sanagt seronok sekali kerana itu lah kali pertama saya mewawancara seseorang. Segala perkara yang telah saya buat bersama cikgu Lelah, cikgu bahasa melayu saya, semuanya seronok dan tidak pernah saya lakukan. Saya bersa sangat beruntung kerana saya mendapat seorang guru sepertinya. Sekian terima Kasih


@ 2:33 AM +

Di kelas kurikulum saya, saya mempelajari bagaimana untuk membuat lagu.. Kumpulan saya sudah memilih lagu 'you belong with me' yang dinyanyikan oleh ' Taylor Swift'. Kemudian kami harus menukarkn lirik lagu itu menjadi bahasa melayu. Saya berasa sangat seronok sekali kerana itu larh kali pertama saya membuat lagu lirik kami sendiri dalam bahasa melayu. Sekian terimahkasih


@ 2:27 AM +

Hari ini di dalam kelas bahasa melayu saya, kami membuat latihan di dalam buku latihan Mekar. Kami belajar membuat sajak kami sendiri. Saya mempelajari bahawa sajak berlainan dengan pantun. Jika pantun perkataan di akhir ayatnya bunyinya harus sama dengan ayat-ayat yang lain. Tetapi sajak tidak, sajak boleh tulis sahaja apa-apa tidak akan salah pun.. Saya berasa seronok sekali mengarang sajak itu. Itulah kali pertama saya mengarang sajak..Sekian terimah kasih.....


@ 2:22 AM +

Beberapa minggu yang lalu, saya dan rakan saya Nayli, Umairah dan Hanna telah mengdeklamasikan sajak. Sajak itu bertajuk 'Patung'. Kami harus menjadi patung dan melakonkannya sementara rakan kami membaca sajak itu.... Saya sebenarnya tidak mahu buat kerana saya berasa sangat malu kerana saya ti dak pernah membuat seperti itu di depan rakan-rakan sekelas saya.... Tapi selepas itu selesai saya berasa sangat lega....Sekian Terima Kasih...


Friday, July 23, 2010 @ 12:53 AM +

Tahun lepas, kelas bahasa melayu saya mengadakan satu peraduan mengarang pantun. Kelas-kelas melayu yang lain juga. Saya tidak memenangi peraduan itu tapi saya tidak bersa kecewa kerana saya tidak mahu berputus asa. Saya suka mengarang pantun kerana bagaikan kita mengarang sesuatu cerita. Kawan baik saya Umairah dan juga nayli telah memenangi peraduan itu. Nayli mendapat tempat kedua dan Umairah pula mendapat sagu hati. Tidak mengapa kalau saya tidak memenangi apa-apa. Saya ingin sekali peraduan mengarang pantun seperti ini dapat diadakan sekali lagi pada tahun ini dan juga tahun-tahun yang kemudiannya. Sekian.


Tuesday, July 20, 2010 @ 1:34 AM +





Beberapa bulan yang lalu, saya dan rakan-rakan saya mengada satu acara permainan iaitu permainan tradisional melayu. Ia diadakan pada waktu rehat. Kami bermain congkak dan juga batu seremban. Kami juga mengajar budak-budak atau rakan-rakan kami cara bermain permainan tradisional. Kami berasa amat seronok sekali. Cikgu kami memberi kami waktu untuk makan. Apabila lonceng berbunyi menandakan tamatnya waktu rehat. Kami pun berhenti bermain dan pergi ke dewan sekolah untuk pergi ke kelas masing-masing. Sekian.




Tuesday, July 13, 2010 @ 3:27 AM +

Di sekolah kami terdapat peraduan menulis cerpen. Setiap orang harus mengambil bahagian. Saya berasa amat gembira kerana itu ialah kali pertama saya membuat cerita yang amat panjang sekali. Saya harap peraduan seperti ini dapat diadakan sekali lagi. Saya dapati bahawa mengarang cerpen lebih menarik daripada membuat karangan kerana saya hanya dapat menulis sikit perkataan sahaja dan satu hari sahaja diberikan untuk selesaikan karangan itu. Sekian.


@ 3:17 AM +

Pada hari ini, di dalam kelas bahasa melayu saya, kami membaca surat khabar 'Berita Harian' dan juga Gen G. Kami membaca sesuatu artikel tentang Sezairi Sezali, pemenang 'Singapore Idol' tahun 2009. Kami mengetahui lebih tentang kegiatan Sezairi seharian. Saya rasa amat seronok sekali kerana kami akan diberkan sekeping kertas yang mengandungi beberapa soalan tentang dirinya. Jawapan-jawapannya dapat dicari di artikel itu. Saya berasa seronok kerana saya suka kefahaman kerana saya suka menulis.Sekian.


@ 3:07 AM +

Hai nama saya Noraisyah. Pada tahun ini saya telah memasuki peraduan 'Juara Tok Selamit'. Itu ialah kali pertama saya atas desakan kawan baik saya Nayli. Pada mulanya, saya tidak mahu kerana saya berasa sngt malu untuk bercerita di hapadan org ramai. Selepas beberapa hari, akhirnya masanya untuk pergi ke uji bakatnya yang diadakan di Sekolah Rendah Pioneer. Saya berasa amat gementar sekali kerana saya tidak rasa yakin untuk melakukannya tetapi saya harus memberanikan diri untuk ke hadapan dan bercerita. Saya menceritakan tetang cerita 'Si Tanggang' anak yang derhaka. Saya sudah mendapat keputusan bahawa saya tidak ke peringkat akhir. Walaupun saya tidak terpilih, saya tidak berasa kecewa tetapi bangga atas kejayaan rakan saya, Mirza. Saya dia akan menang di peringkat akhir itu. Kami pun pergi ke perpustaan woodland untuk menyokong Mirza di sana. Saya berasa amat gembira kerana kami dapat tempat kedua. Kemudian kami pun pulang lepas hari yang sangat letih.





profile

Profil.
Ini ialah profil saya. Di sini anda akan dapat mengetahui lebih tentang saya dan juga bahas melayu!!!!

chatbox

di sini pula ialah untuk tempat chat bagi saya dan juga anda yang melihat blog saya!!!!!!!!!!!
Bahasa Melayu

links, links, links, links, links

archives

Mengikut Pos:
» Laporan Tentang Pertunjukan NE (Nasional Education)
» Tempat kedua
» Kelas korikulum saya!!
» Menulis Lirik
» Mengarang sajak
» Deklamasi Sajak
» Peraduan Mengarang Pantun
» Permainan Tradisional Melayu
» Peraduan Menulis Cerpen
» Kegiatan Kelas

Mengikut Bulan:
» July 2010


credits

TERIMA KASIH KERANA TELAH MELIHAT BLOG SAYA!!!!